AGRO PELANCONGAN

LARIAN PAYA PAHANG TUA 2014

Sunday 22 April 2012

Akhbar Metro


1,000 peserta sertai Larian Paya Pahang Tua


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LEBIH 1,000 peserta tempatan dan luar dijangka menyertai Larian Paya Pahang Tua 2012 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM10,000 pada 28 April ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail berkata, pertandingan kali kedua itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Pekan (MBDP), Persatuan Belia Kampung Pahang Tua, Pejabat Belia dan Sukan daerah dan Badan Penyelaras Belia Mukim Pahang Tua.

Menurutnya, program itu diadakan antara lain bertujuan mempromosikan kawasan sawah Pahang Tua yang menjadi jelapang padi negara sebagai antara produk pelancongan di daerah itu.

“Peserta yang menyertai program ini akan berlari sejauh antara lima hingga sembilan kilometer di atas batas sawah dan mereka berpeluang menghirup udara segar sambil melihat kehijauan pokok padi.

“Pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai dan hadiah iringan, sebanyak 200 cabutan nombor bertuah disediakan yang menawarkan pelbagai peralatan elektrik,” katanya.

Beliau berkata, kategori terbuka lelaki akan berlari sejauh sembilan kilometer manakala kategori lelaki veteran, pelajar dan terbuka wanita (tujuh kilometer) dan wanita veteran (lima kilometer).

petikan dari akhbar Metro: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1_000pesertasertaiLarianPayaPahangTua/Article/index_html

selaian dari Metro dan Sinar Harian, Hebahan juga dilakukan di Radio RTM Pahang, Era dll. Tidak ketinggalan medium internet seperti facebook, blog dan forum. terima kasih kepada semua yang membantu.


-admin-

No comments: