AGRO PELANCONGAN

LARIAN PAYA PAHANG TUA 2014

Wednesday 29 February 2012

PELAN LOKASI

IMBAUAN EDISI PERTAMA


LARIAN PAYA PAHANG TUA
SEMPENA HARI BELIA 2011



KAMPUNG LAMIR - Larian Paya Pahang Tua 2011 yang dianjurkan di sini berjaya menarik lebih 700 peserta terdiri daripada golongan belia, pelajar dan masyarakat setempat.

Menariknya, larian sejauh lapan kilometer bagi peserta lelaki dan lima kilometer bagi peserta wanita itu meliputi kawasan sawah padi yang menyediakan pemandangan hijau dan indah, seterusnya menjadikan acara itu unik. Sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan sekitar daerah ini menjadikan acara itu sebagai platform terbaik menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam program julung kali itu.

Aktiviti ini berjaya menghidupkan suasana kampung yang indah, yang sebelum ini kurang diberi perhatian berikutan lokasinya jauh dari bandar dan penduduknya pula banyak terlibat dalam bidang pertanian serta penternakan.

“Suasana sawah padi yang menghijau dan damai merupakan tarikan utama yang ada di sini dan pemilihannya sebagai kawasan bagi acara larian adalah satu usaha yang bijak dan menarik.

“Disamping itu, peserta dapat melihat sendiri kawasan sawah padi yang masih giat diusahakan penduduk di daerah ini dan golongan belia akan dapat mengenali lebih dekat serta menyedari kepentingan bidang pertanian kepada negara.

Turut hadir, isteri Pegawai Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali, Datin Adila Mohd Taib; Penghulu Mukim Pahang Tua, Hamdan Mohd Sahal; Pegawai Belia dan Sukan daerah, Khairi Ahmad dan semua ketua kampung di bawah Mukim Pahang Tua.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Junior, Lelaki Terbuka, Wanita Junior serta Wanita Terbuka yang menyediakan hadiah wang tunai dan hadiah iringan kepada setiap pemenang.

Program anjuran Majlis Belia Daerah (MBD) dengan kerjasama Badan Penyelaras Belia Mukim Pahang Tua dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah itu turut diserikan dengan aktiviti seperti senamrobik, cabutan bertuah, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta pertandingan menyumpit.

Timbalan Pengerusi MBD, Rizal Mustafar berkata, penganjuran acara seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti larian dan senaman.

Disediakan Oleh : hjamir


sumber dari: http://www.jbsnpahang.gov.my/page.php?page=berita&serialno=60

AKAN DATANG

INGINKAN KEUNIKAN?
INGINKAN KENYAMANAN?
INGINKAN CABARAN BARU?
INGINKAN GAYA HIDUP SIHAT?
MOH SERTAI LARIAN PAYA PAHANG TUA EDISI KEDUA



"Run Amidst The Tranquility of Paddy Fields"



TARIKH
28 APRIL 2012

PERMULAAN / PENAMAT
PADANG AWAM KAMPUNG PAHANG TUA,
MUKIM PAHANG TUA, PEKAN, PAHANG.

PERASMIAN OLEH
YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA